KESIMPULAN

Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran (NCTM, 1989; Cockroft, 1982; Skemp, 1987; Souviney, 1990; Nik Azis, 1992). Oleh yang demikian, penguasaan pelajar terhadap matematik tidak hanya bergantung kepada kafahaman konsep semata-mata. Latihan yang mencukupi perlu dilakukan dari masa ke semasa sehingga semua kemahiran dalam sesuatu tajuk benar-benar telah dikuasai sepenuhnya (D’ Augustine, 1973). Guru perlu memilih aktiviti atau kaedah yang sesuai supaya murid dapat memahami konsep isipadu cecair dengan baik dan berkesan. Mereka juga boleh menggunakan kemahiran tersebut di dalam kehidupan mereka seharian.