Tajuk : Isipadu Cecair
Tahun : 2 Intan
Objektif Pengajaran:
Diakhir pembelajaran murid boleh menyukat cecair menggunakan unir bukan piawai sebagai alat untuk menyukat isipadu cecair.
Aktiviti Pengajaran:
Permainan Sukaneka (Memindahkan Air)
Alatan :
2 buah baldi, 1 span basuh pinggan, cawan dan papan keputusan sukaneka. (satu kumpulan)
Langkah Pengajaran:
1. Guru mengagihkan murid kepada empat kumpulan dengan memberikan nama bagi setiap kumpulan seperti Milo, Susu, Kopi dan Teh. Nama yang dipilih berdasarkan air yang biasa diminum oleh murid. Selain daripada itu guru juga memperkenalkan bahawa semua itu adalah di dalam bentuk cecair.
Langkah Pengajaran:
1. Guru mengagihkan murid kepada empat kumpulan dengan memberikan nama bagi setiap kumpulan seperti Milo, Susu, Kopi dan Teh. Nama yang dipilih berdasarkan air yang biasa diminum oleh murid. Selain daripada itu guru juga memperkenalkan bahawa semua itu adalah di dalam bentuk cecair.
2. Guru memberi penerangaan tentang cara bermain permainan Siapa Banyak ?.
Cara dan Peraturan Permainan
2.1 Bunyi wisel akan memulakan permainan.
2.2 Murid akan merendamkan span ke dalam baldi A kemudian berlari ke baldi B untuk memerah span tersebut.
2.3 Seterusnya murid tadi perlu berlari balik ke baldi A dan menepuk tangan murid seterusnya.
2.4 Permainan berlangsung selama sepuluh minit.
2.5 Setelah permainan tamat maka air di dalam baldi B setiap kumpulan akan disukat menggunakan cawan.
3. Semasa menyukat air dengan cawan guru meminta murid mengira bersama-sama jumlah air yang disukat. Air yang disukat mestilah memenuhi cawan dan bukannya separuh.
4. Guru akan menampal gambar cawan pada papan keputusan sukaneka bergantung kepada berapa jumlah cawan yang diperolehi oleh setiap kumpulan. Jika baki air adalah separuh maka separuh gambar cawan akan ditampal. Di samping itu guru menerangkan konsep penuh, separuh dan kosong.
5. Kumpulan yang mengumpul banyak gambar cawan adalah dikira sebagai pemenang.