AKTIVITI MURID PINTAR

Tajuk   :           Isipadu Cecair
Tahun  :           2 Delima

Objektif Pengajaran    :          
Diakhir pengajaran murid boleh  membuat anggaran dan menyukat cecair menggunakan alat unit piawai.

Aktivti Pengajaran      :
Perbincangan dan eskperimen

Alatan :
Aquarium, baling air, basin, botol air mineral (bersaiz besar), bikar penyukat dan borang maklumat.

Langkah Pengajaran    :
1.         Guru mengagihkan murid kepada empat kumpulan dan memberi  kebebasan kepada murid untuk memilih nama dan ketua kumpulan mereka sendiri tetapi mestilah bertemakan air.
2.         Setiap kumpulan diberikan  borang untuk mengisi maklumat semasa aktiviti dijalankan.    
3.         Bekas-bekas air tadi diletakkan di empat tempat yang berbeza dipanggil stesen A, B, C dan D.
4.         Setiap kumpulan ditempatkan di setiap stesen. Di stesen A contohnya, murid dikehendaki membuat anggaran tentang jumlah kuantiti air dalam liter yang terdapat di dalam aquarium tersebut dan mencatatnya di dalam borang maklumat yang telah dibekalkan tadi. Begitu juga dengan kumpulan yang berada di stesen-stesen yang lain. Setelah 5 minit , kumpulan akan bergerak ke stesen lain pula.
5.         Setelah setiap kumpulan membuat anggaran dan mengumpul maklumat yang dikehendaki, guru akan menyukat air dalam setiap bekas menggunakan bikar penyukat (1 liter) yang standard untuk mendapat jumlah sebenar setiap kuantiti air dalam semua bekas.
6.         Setiap kumpulan perlu mencatat kuantiti sebenar air bagi semua bekas di dalam borang maklumat. Kemudian murid perlu membuat perbezaan antara anggaran mereka dengan jumlah sebenar. Perbezaan yang kecil atau sedikit dikira anggaran paling baik.